Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

20130103

MENARIK DI SINGAPORE - 3 HARI 2 MALAM

Travelogue:

SINGAPORE, 3hari 2malam – Oktober 2012



Hari Pertama: SABTU

The whole day penat terkinja-kinja di USS. Memang tak boleh buat apa-apa pun.



Hari Kedua: AHAD
Siang
Kami serang ‘The Maritime Experiential Museum Singapore’ dulu sebab dekat je cuma jalan kaki je. Memang betul-betul bersebelahan HR Hotel dan USS. Muzium ni baru je buka. Mungkin tak berapa orang tahu lagi. Kalau dah dapat peluang sampai ke sini, don’t forget to find your way here. Menarik! Ada juga travel agent jual ticket USS, dapat free passes. Bergantung kepada promotion. 

Ada certain days akan ada special show. More info, click here




Alang alang masuk sini jangan lupa masuk typhoon theater. Tiket jual secara berasingan walaupun typoon theater dalam muzium. Berdasarkan pemahaman patik daripada penjelasan staf sana, anda akan merasai pengalaman menaiki kapal besar yang berlayar di tengah lautan,..(wah!) paling best dapat merasai macam mana kapal tengelam! omagad! keciwa tak dapat masuk -.- dah betul-betul kesuntukan masa. makcik pun lambat bagitahu, sampai pintu keluo baru kabo! aish! kita ikut saje ya schedule bajet diatur. -.-
  

Visit duration time: 1 ½ hours.

Settle menambah ilmu di dada, sekarang tiba masanya misi mencari makanan cacing kerawit!

Train from USS/HR Hotel/Sentosa World Resort (Transit)
USS/HR Hotel/Sentosa World Resort ada menyediakan train yang boleh transit ke pusat bandar. Kemudahan awam Singapore sangat menyenangkan. Nak kemana pun mudah dan selamat.   

My advice, untuk memudahkan pencarian tempat nak pergi. Googgling dulu, kalau ada kemudahan train better naik train je. Lebih cepat, murah, selesa, selamat, tak penat...sangaaat. -.-




MRT / LRT
Kad MRT kami guna ‘standard’, warna hijau. Purchase card di mesin then pulang semula ke mesin beli tu balik dapat balance, SNG1. Kami collect semua card dulu. Lepas tu baru tukarkan kepada wang.

More info about Singapore Transportation: click here



Little India
Cara ke sini: MRT ke Little India Station (Purple)


little india? mm.. 

Usman Restaurant
One of our friends, Tasneem dah pernah sampai Singapore jadi dia cadangkan makan di Usman Restaurant. Jika naik train, stop dekat Little India Station (purple). Just walk along the street you may see the sign. Kedai memang betul-betul di corner.

Cuba try Chilli Chicken.  Dekat Mamak Malaysia tak pernah pula tengok makanan ni. Memang sedap! Lagi sedap sebab air suam free, siap boleh refill botol kosong lagi. hehehe!



Souvenir
Kawasan sini ada jual souvenir murah dan ada juga satu mall jual barang murah macam Mydin. Kami tak beli pun. Sebab target ada lagi murah di Bugis Street. Walhal tak pergi lagi. Confident!

Duration time: 1 ½ hours

Chinatown
Cara ke sini: MRT ke Chinatown Station (Ungu)

Di Chinatown ada deretan rumah kedai, hotel budget dan tokong-tokong. View malam mungkin lagi cantik sebab ada tanglung-tanglung tergantung sepanjang jalan. Kami pergi waktu siang, Cuma sight-seeing je. Seronok dan menarik juga belajar negara orang, at least you can shared your experience and knowledge to others..

Duration time: 1 ½ hours




Bugis Street
Cara ke sini: MRT ke Bugis Station (hijau)

Tempat yang dinanti-nanti, hati tak menahan sabar, tangan mula tergaru-garu macam beruk. It’s shopping time! There has a lot of stuff; I think you may need extra time in here, maybe 3hours or more.. Ada 3 tingkat kot! Hehe. Barang sini boleh bargain lagi kalau mahu, pandai cara boleh dapat murah. Tak jauh beza pun dengan harga di KL cuma stuff mereka lebih up-to-date.

Souvenirs pun ada jual. Murah murah! Rambang bang! +_____+

Duration time: 3 hours


Malam - travel by car
Kampong Glam Cafe, Bussorah Street

Misi bertukar membawa kereta untuk mencari tempat makanan melayu. Senang je, cuma cari Bussorah Street. Memang banyak makanan melayu sepanjang jalanan. Memandangkan dah malam badan dah penat dah tak lalu nak makan nasi, ada yang diet katanya..except me, tak boleh elak, perut kemelayuan -.- 

Ada restaurant yang buka sampai lewat malam..jadi jangan risau, anda tidak akan kelaparan! 

Kami cuba di Kampong Glam Cafe, makan sini rasa dinner jemputan khas dengan baju bekepuk-kepuk, kain 6meter meleret, kedai glam you! Dinner hebat mesti bertemankan cili potong (restoran biasa je ya, verangan mak datin) hehehe!


Hari Ketiga: ISNIN
Siang - travel by car

Restoran Zam Zam
Dah singgah tak sah tak pekena murtabak Singapore. Ramai kawan-kawan even bloggers suggest Restoran Zam Zam. Gagau mencari. Finally, we managed to find the place. Alhamdulillah.



Murtabak tu besar boleh share 5 orang, itu pun tak habis. 

Merlion Park
Cara ke sini: MRT tak pasti (nanti check di station)



Mulalah kamera berpindah-pindah tangan minta orang tangkapkan. Suka hati je kan! J



Kami set masa gerak awal memandangkan esok kerja pagi. 3 petang nak tanak kena gerak, belum keluar simpang Johor mata melekat tak menyempat, nasib dreba pun tak lalok tengok orang tidur. J



Seronok belajar negara orang. Banyak kenangan dan pengalaman akan kita dapat. Betul cakap angah bila kita di negara orang, you will be more to appreciate your own country. I love Malaysia more!



 

20121217

REVIEW - HARD ROCK CAFE & HOTEL, SINGAPORE


Hard Rock Hotel Singapore received the Gold Award for:
Best 5 in Asia in the Category of HAPA Signature Deluxe Hotel

*kasi intro membuak-buak dulu..baru semangat nak post! ceh!

the friendly frontliner

 deluxe room (queen bed)


ini bukan pirate, talak juai punya.


benjol kepala berlanggar dengan lampu ni. cantik memang cantik, rasa nak cabut buat rantai je.aish!

 abang-abang hot 80an 



 taxi?

one for me, and one for me. 

 pool sidewalk

ikan dugong dipersisiran pool HR -.-

Hard Rock Cafe



 
band baru

ok dah dapat kumpul minyak masak 1peket, boleh balik! yeay!

 HRH main entrance



What can I say more? HR has never been disappointed in anyway.  No wonder they have a lot of loyal customers around the world. You will in love with their unique decoration, friendly facilities and staff, cool stuffs, double size pool, etc. The good thing is HRs located a nearby USS, which is the biggest attraction place in Singapore, strategic place I guess! pandai market eh! J

I don’t know whether should you take a note or not: They’re really taking seriously on punctuality. If the breakfast buffet take off at 10am. They’re really mean by 10. Yes, I know dear. I learned from my experienced. Therefore, make sure you be there early!

HR Shop in Hotel close at 10pm.


HARD ROCK HOTEL SINGAPORE8 Sentosa Gateway
Singapore 098269
Reservations: (+65) 6577 8899

What are you waiting for? get your butt over here! J

more info: click here

20121214

INFO PERJALANAN DARI KL - SINGAPORE & TIPS DI USS, SINGAPORE

Travelogue:
SINGAPORE
UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS) – Oktober 2012

I don’t have in mind nak buat vacation trip dengan schedule tight kerja dan belajar dalam satu masa. Moreover all subjects in this semester quite tough. Tapi bila fikirkan balik, bila lagi sementara milah masih bujangkan! hehe! For those who loved to travel hope this info will help you J        

TRANSPORTATION
BAJET PERGI
We decided travel by car sebab senang nak bergerak, letak barang, duduk terkangkang- kangkang, boleh terbongkang. Hahaha! Hari Jumaat balik kerja vavavoom siap, minta doa mak abah, terus gerak.

KL - MELAKA
Jangka masa perjalanan : 9.30pm - 10.30pm (1jam)
Isi minyak : RM60 (tank Myvi)
Bajet tol : RM20
*boleh check website plus, http://plus.com.my/

a) Jalan-jalan jonkerwalk, cuci mata dulu.

b) Second mission ke Restoran Asam Pedas Hajah Mona. According to one of my friend said, this is one of the most popular restaurants in Melaka. Service pun cepat makan pun lazat, kasi try lah!

more info: click here

Sambung perjalanan..
MELAKA – BATU PAHAT, JOHOR
Jangka masa perjalanan : 11pm – 3am (4jam)
Bajet tol : RM20
Ikut survey memang nak booked hotel di JB dekat dengan immigration. ada juga hotel yang provide staying for a couple of hours. Memandangkan orang dah pelawa tidur rumah, kami lagilah bebesar hati nak menumpang pang..
WEATHER
3hari sebelum pergi ada check weather Singapore, khabar berita akan hujan.muka dah cebek. mood meronta-ronta, dah tak kisah, kasi redah ja lah.

Sampai-sampai, semua mendongak langit..



Alhamdulillah, cuaca cantik. tak hujan..let's moh pobedoh! J

Batu Pahat – JB – Singapore

Isi Minyak        : RM60 (tank Myvi) - Isi penuh sebelum masuk Singapore



***

BAJET BALIK

JB – KL

Jangka masa perjalanan : 6pm – 12.30am (6jam)
Harga tol : dari JB ke Tol Sungai Besi : RM 44.20
Minyak: RM50
***

*harga tol tak pasti, takut ada exit yang terlepas pandang. boleh check website plus, http://plus.com.my/
  
SINGAPORE – 3 DAYS & 2 NIGHTS
DAY 1


IMMIGRATION STATION & AUTOPASS
I convinced you be early at immigration station. Akan ada sesak sikit sebelum masuk. Biasa dalam 7.30am – 2pm & 5.30pm – 7pm yang peak hours. Selalunya bajet dalam 1jam disitu sahaja. Ini disebabkan ada pemeriksaan kereta dan passport. Please make sure you’re on the right row. Tengok papan tanda. Outside food not allowed. Setiap kereta yang masuk perlu ada autopass (ala-ala touchngo kad plus smart tag). Kad tersebut tak boleh pindahmilik sebab autopass didaftarkan mengikut nombor plat kereta. Immigration kat situ ada jual juga dan boleh tambah nilai di petrol station. Tol-tol sana guna tiang je, kadang tu tak sedar baki dah berkurangan. So make sure isi secukupnya. Kami pun tak pasti macam mana nak bajet untuk autopass. our assumption, 

Autopass card = 10SD
Topup              = 20SD (untuk 3 hari ronda - still ada baki dalam lingkungan 8SGD)  

INFO
OPERATION HOUR & TICKET PRICE


Muka excited masuk USS!

Operation hour at 10am – 7pm.
Kalau tak nak rugi baik masuk awal dapat main semua game J.
Our main plan memang kesini dulu. We planned to be there around 9.30am, sekali terlajak 10.30am la. lari schedule itinerary i.cit!
Harga ticket dewasa dalam RM165 woo. Kalau beli kat sana taktau la pukul berapa boleh masuk. Beratur panjang, tersangatlah ramai. Beli dengan travel agent lebih mudah, dapat extra gift lagi. Kami dapat voucher makan di USS, ada juga dapat free tickets Maritime Experiential Museum.    


CAR PARK
We stayed in Hard Rock Hotel, bersebelahan dengan USS jadi dapatlah free parking space. For public, saya kurang pasti..boleh check dengan travel agent.

YOUR OWN ITINERARY
Alang-alang sudah sampai mesti nak merasa main semua kan! So, make sure you’ve done your own itinerary. Kalau awak kat sana baru nak decide nak pergi mana sure tak sempat punya. Beratur lagi lama dari main game. Jadi kejarlah hot games and shows tu. Sometimes USS will have a fiesta or event on certain day, contohnya ada parade, show etc. Kami dapat event waktu malam, ada band, fireworks.

Thus, I’d prepared my itinerary like this, maybe it can be sample for you too..



Ini Map USS, as you can see there are 7 themes in USS. Jarak diantara satu sama lain tu tak jauh. Kalau tawaf 3 4 kali pun tak penat lagi.
Semua games memang terbaik! Tak tau nak pilih mana paling best tapi majoriti orang akan suka Transformer Ride tu.Syok hohoho..

LOCKER
Certain game tak boleh bawa beg, tangan kena kosong. Mesti kita nak semua relatives main sekali kan. Therefore, USS prepared few lockers for us. Tapi ada bayarannya.tak silap 2SGD – 5SGD. Mana boleh bawa barang simpan poket lagi elok. paling penting camera. Lagi besau lagi payah tau.


Kami tak guna, sebab ada yang tak nak naik macam Galactica Blue and Red terkoncing juga lah. Memang pening. Orang yang tanak naik, jadi cheerleader kat bawah je la!

RAINCOAT
Ada beberapa games akan membuatkan baju awak basah lenjun. Jadi siap sedialah ya. Baju hujan memang diperlukan. Lebih elok bawa sendiri, Kat sana pun ada jual, $3SGD.
Kalau boleh save, simpan la.


Kami tak tau kena bawa. terpaksalah beli satu, siapa tanak basah kena pegang semua beg kawan-kawan yang lain..cara penjimatan yang efektif!

fyi: Ada dua game and satu show perlu pakai raincoat.

The Lost World
1) Game : Jurassic Park Rapids Adventure

Madagascar
2) Game : A Create Adventure
semua dapat main kecuali Madagascar. lambat seminit je pun! uwaaa!
ni tengah membodek abang jaga hehe!



The Lost World
3) Show : Waterworld

sekali dia datang duduk sebelah daa, cuak oo takut kena simbah!

Get ready!

MERCHANDISE
Setiap theme akan ada kedai jual merchandise. Setiap kedai tu jugalah merchandise berbeza-beza, ikut theme. Jadi baik beli di USS. Kalau fikir nak beli kat luar nak cari lagi murah, memang tak jumpa.  
Memang agak harga mahal sikit tapi berbaloi ada kenangan dibawa pulang. Belilah waktu nak balik takut susah nak carry nanti.

Contohnya, satu fridge magnet 3.90SGD = RM9.75. (Convert (2.5)) Pejam mata aje la..


Malam masuk balik, borong sakanlah!

let's shop!

tasneem bingung tapi masih boleh tersenyum, ngeh ngeh!

HALAL FOOD
Di USS ada jual halal food, tapi tak semua tempat..di station berlainan..nanti tengok peta
1. Goldilocks  – ayam yam yam
2. Friar's  - sandwich
3. Marty's Casa Del Wild - roti
4. Oasis Spice Café - arab
5. Mel's Drive-In - burger
6. Celebrity – roti


Voucher makan untuk dua orang tu kami buat makan ramai-ramai, kasi try Mel's Drive-In. burger kerat 4, asal rasa tekak.. -.-



My advised for traveller, make sure your thingy should include;

Wet tissue – toilet!
Mineral water – botol jangan buang, dalam USS boleh refill, ada satu dekat Far Far Away
GPS – even their local people and taxi driver pun pakai GPS
Sun block & Topi – in case
Flat shoe/sport shoe/slipper
Camera - wajib
Face towel – in case
Small bag
Raincoat
Medicine – main roller coaster tunggang terbalik, memang rasa pening, mabuk nak muntah.
Calculator – kalau 1+1 awak jawab 3 eloklah bawa, macam kami ni..

I think that’s it. Cukup la kot. It’s based on my experienced. You can check others post too!  

Ini baru satu hari di USS, belum merantau warrior pusing ibukota Singapura, will update next post!

kebasahan!






USS memang terbaik, u should go! Release stress dapat jerit pekik terlolong-lolong, masuk simpang JB hilang dah, EXAM!

By the way, enjoy ya’lls! J