20171103

UNEXPECTED TRAVEL TIPS TO JEJU, KOREA

Dah lama rasanya tak memblogging ni, 2 tahun. kekok pulak rasanya. hehehe! Kita cuba eh! Niat cuma nak bantu orang je mungkin bolehlah dapat beri info-info sikit. Kadang tu sendiri nak travel atau cari tempat makan pun baca review orang juga. Let's help each other okay! :)



Tips Jeju, Korea
Review ni based on saya travel tahun 2013, sudah semestinya ada perubahan atau banyak tempat baru yang menarik. Jadi jangan lupa dapatkan info tempat menarik dulu. 
  • Sewa Kereta Compact - memandangkan sewa kereta jadi digalakkan travel at least 3 atau 4 orang. Boleh sewa kereta, kongsi duit minyak & sewa kereta. 
    • Jangan ambil mahal-mahal atau kereta canggih, just untuk memudahkan pergerakan.
    • Senang bawa barang, nak tukar baju, bawa makanan & rehat.
    • Kemudahan awam spt bus atau teksi memang ada tapi agak sukar juga nak bergerak satu tempat ke satu tempat lain sebab jarak tourist spot agak jauh-jauh. 
    • International driving licence jangan lupa pula! - Kalau boleh bahasa English.
    • Ambil Gambar Kereta sebelum ambil - kesan calar-calar sedia ada. Just security, takut dia ingat salah kita.
    • Sewa kereta, dapat broadband sekali. Boleh sentiasa update family.
    • Jika Sewa Kereta,  Makesure ada bersama Peta Tourist Spot Jeju & No Telefon lokasi - lebih tepat ke lokasi dengan masukkan nombor telefon lokasi dituju.
  • Bawa Payung atau Baju Hujan - cuaca tak menentu jadi standby siap-siap, nak beli kat sana mahal.
  • Towel Kecil - ada tempat perlu mendaki & jalan agak jauh. Contoh; Seongsan Ilchubong, etc.
  • Torchlight - Melawat gua-gua confirm gelap.
  • Cermin Mata Hitam & Kipas - panas.
  • Simpan lagu-lagu dalam Pendrive - Radio kereta surely siaran Korea. Kalau taknak boring, standby lagu-lagu simpan dalam pendrive, boleh cucuk pendrive dalam kereta. 
  • Travel Cooker - Kalau ada jenis tak makan luar, percutian bajet. Sanggup berjimat untuk trip akan datang, sila bawa. hehehe! Kami bajet travel ni kira-kira RM1500 termasuk tiket flight & shopping. Satu kali je makan nak merasa makan di Seoul, jadilah.
  • Senarai Emergency Contact - embassy & hospital etc.
  • Penutup mata - bila tidur dalam dorm beramai-ramai confirm ada yang tidur lambat, borak tengah-tengah malam sambil buka lampu, so mengelakan percakaran standbylah penutup mata sendiri ya.   
  • Itinerary Tulisan Korea - Makesure itinerary sendiri ada tambahan tulisan korea. Kalau nak tanya arah pun dia tahu hala tuju kita nak ke mana. 
  • Calculator Kecil / HP - senang nak tawar menawar 
  • Journal - sudah semestinya ikut bersama. 
  • Towel Besar Sendiri - Di Korea mereka mandi gunakan towel kecil saja, jangan terkejut. Kalau tak selesa, bawalah sendiri.






That's all for now. Have a safe flight!



No comments :