20110210

JANGAN JADI KACANG LUPAKAN KULIT

Lepas hang up phone, terus google. Adakah Bahasa Melayu masih bahasa rasmi di Malaysia? habis most of the links jadi bahan kajian. Satu demi satu link buka baca tapi semua masih sama. mengikut penelitian mata dua masih tiada perubahan (hairan). Alhamdulillah untuk itu. Nauzubillah untuk you.kenapa?

Sketsa Petang - 9/2/2011 1447
kacang : saya tak reti bahasa Melayu boleh cakap bahasa Inggeris tak?
kulit     : (*O*)
             (bukan puan cakap dalam bahasa kita ke sekarang?)
             as you wish madam..
---
saya cuba memahami tapi tak faham juga, you said tak reti. tak reti? come on babe.
don't let my blood goes up! hehe.
saya tak marah. langsung tak. walhal rasa sedih, rugi.
rugi ya amat,  rasa tak rugi yang cuba saya sampaikan? rasa tak? 
sedih tau bila bangsa kita sendiri yang mempunyai tahap kewarasan yang baik, pendidikan yang tinggi mungkin, akan tetapi mmm, seribu kali sayang tidak digunakan dengan baik. jangan riak. Tuhan tak berapa nak suka.

dari sini saya belajar, supaya sentiasa beringat, jangan jadi pembunuh bahasa Melayu.
  
saya korek saya tampal (copy paste),

...Justeru itu, status Bahasa Melayu di Malaysia sepatutnya dipertahankan dan diangkat oleh semua bangsa yang mengaku dirinya warganegara Malaysia kerana citra bangsa dan nilai ketamadunan tanah airnya.
Keunikan dan gagahnya bangsa Malaysia ini dinilai kepada penghormatan warganya terhadap bahasa tanah tumpah darahnya sendiri.

"Bahasa Melayu" adalah Bahasa Kebangsaan negara Malaysia yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. "Bahasa Melayu" adalah bahasa rasmi negara Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu adalah sepertimana yang diperuntukkan oleh Akta Bahasa Rasmi. Istilah yang betul untuk digunakan adalah "Bahasa Melayu" dan bukannya "Bahasa Malaysia"

English translation:-
"Bahasa Melayu" is the National Language of Malaysia, as stipulated under the Federal Constitution of Malaysia. It is the Official Language of Malaysia. The usage of "Bahasa Melayu" is as per stipulation of the Official Language Act. The correct term to be used is "Bahasa Melayu", not "Bahasa
Malaysia"

rugi jadi orang Melayu kalau tak reti Bahasa Melayu.
renung renungkan lah dan selamat beramal! :)