20190624

LAPAN PERKARA PENTING ANDA PERLU BUAT UNTUK PERSAHABATAN KEKAL LAMA & DOA SILATURAHIM

Inilah hadiah hari jadi paling bermakna untuk saya.
Tiada apa yang boleh menggembirakan bila lihat orang yang paling dekat dengan kita bahagia. Tahniah T. 
Super duper happy for you.




Dah lebih dua puluh tujuh tahun berkawan. 
Manis masam masin tawar semua dah lalui bersama. 
Rasa sayang persahabatan lebih dari segalanya.
Serupa macam keluarga.

Saya selalu ingat.
Wang ringgit tak boleh bawa mati.
Bila dijemput Ilahi.
Doa mereka inilah yang akan selamatkan kita nanti.
Semoga persahabatan kekal abadi.
Sebab itu kita, sahabat sampai mati.

8 Perkara Anda Perlu Buat Untuk Berkawan Kekal Lama
1. Titip Doa. Sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka dan doa perhubungan kita kekal sampai bila-bila. 
2. Respek. Hormati mereka, minat dan kehidupan mereka dan jangan judge macam kita pula yang sempurna. Jangan sindir-menyindir.
3. Dengar. Selalu menjadi pendengar setia. Janganlah kita saja asyik bercerita.
4. Niat Berkawan. Pasang niat baik kenapa kita berkawan. Dalam berkawan kita perlu sentiasa ikhlas, berkawanlah kerana Allah SWT, baru Dia permudahkan urusan.
5. Senyum. Sebenarnya senyuman boleh membuatkan environment lebih positif dan tenang. Jadi banyakkan senyuman bila berjumpa yaaaa..
6. Jangan ada sakit hati. Selalulah pesan dalam hati, setiap yang berlaku cuba tukarkan kepada fikiran yang lebih positif.
7. Sabar. Sentiasa sabar dan menerima seadanya. Kawan kita terima kita seadanya, kita pun mestilah sebaliknya.
8. Selesa. Menjaga keselesaan kawan kita, janganlah kita tanya soalan2 sensitif melainkan mereka sendiri yang nak cerita.

Nampak mudahkan tapi banyak cerita tak baik sekarang ini.
Moga Allah SWT menjaga silaturahim kita semua, Aamiin.


Thank you Mr. Google

20190623

PUTRAJAYA WIND ORCHESTRA COMPETITION - PERINGKAT SEKOLAH

23 February 2019. Thank you Angah for inviting us! We had so much fun! 

Seronok tengok budak-budak sekolah join competition macam ini. We should encourage more Malaysian youngsters to participate this kind of event. You will be amazed by their talent and performance. Serious!

Our first lady pun impressed with the kids!
Patut jemputlah mereka untuk festival besar, buat program setiap bulan ke, tak pun buat show dekat tourist area, street performance ke. Sell their talent!  

Angah cakap boleh jemput the boys untuk event kita, mungkin kena buat surat/email atau just call sekolah. Mereka akan beri quotation harga. Mestilah bayarkan, penat budak-budak ini praktis siang malam. Kalau jemput untuk majlis kahwin pun best juga ni. hehehe! 
Nah email: email@mckk.edu.my / +605-776 1400 / +605-776 4500)

Preparation before the show

We're here to support MCKK Boys!

 Malay College Kuala Kangsar in the house!

Our beloved PM's wife, Tun Siti Hasmah

Ini baru nampak dua sekolah ya..ada ramai lagi kat belakang gambar, nasib jumpa anak buah!

Angah's family reunite

I almost cried 

Kasih ibu sampai ke syurga

Gelagat mak-mak. hehe!

To get more details, visit MCKK website: https://mckk.edu.my/
Address: Jalan Tun Razak, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia.