20190912

Percutian ke Krabi, Thailand, 4 hari 3 mlm


Flight (KL – Bangkok – Krabi – KL)
Jumlah RM200.00

Hari Pertama
15:00 Touchdown di airport dan terus cari kaunter van untuk beli tiket. Range harga dalam THB150 seorang dan mereka akan hantar terus ke hotel. Jarak sedikit jauh dan perjalanan makan masa dalam 40-45 minit sebab driver akan hantar setiap penumpang ke hotel masing-masing. Tak adalah tercari-cari hotel nanti, tapi kalau tak ada hotel lagi, berhentilah dekat mana-mana yang kita nak turun. cth; Ao Nang, Railay area atau etc. Tapi tak terasa pun pejam celik dah sampai dah.

Okay, ada 2 cara pengangkutan mudah ke hotel, sama ada guna;
a) Teksi     THB 600 atau,
b) Van       THB 150

15:45 Check in Hotel iRest Ao Nang Seafront.
Recommended. Hotel bersih, kemas dan berhadapan laut. Kalau rasa nak mandi laut tengah malam terjun je. Hehehe! Hotel dekat dengan McDonald juga jadi ada ramai orang lalu lalang jadi tak adalah sunyi sangat. fyi, McDonald non-halal ya!

16:30 Keluar cari tiket masuk pulau, survey tour agency dekat area hotel di Ao Nang. Dekat sini memang banyak, bersepah sepanjang jalan. Ada yang jual pakej sama tapi harga tawaran lain-lain jadi kena betul-betul survey. Niat di hati nak pergi je semua tempat tapi apa kan daya cuma boleh pilih 1 pakej saja. Bajet! Pakej pulau yang ada;

a) Phi Phi Island              – THB 800
b) 4 Island                       – THB 700
c) Hong Island                 – THB 600
(tidak termasuk national park entrance fees)

Pergi masa off season sepatutnya dapat murah lagi so mintalah diskaun sampai dapat harga terendah. Dah tanya hampir 7 tempat survey tapi paling murah di hotel sendiri.

Phi Phi Island THB 800 + THB 400 National park 
Jumlah RM1200 per person

Tips beli ticket pulau;
a) Make sure tanya harga sama ada termasuk tambang National Park atau tidak.
b) Harga naik speedboat atau long-tail boat lain-lain. Speedboat charge mahal sikit.

Sambil tu, jalan-jalan area Ao Nang untuk survey harga massage dan sewa motor sekali.

Hari Kedua
Kelengkapan ready;
a)   Jam water resistant
b)   Hyper gear bag
c)   Waterproof case hp
d)  Journal
e)  Sun block
f)   Chocolate
g)  Mineral water
h)  Go-pro
i) Tuala

08:00 Hotel pick up
08:30 Hantar ke Koh Phi Phi tour pier
a) Daftar nama & hotel
b) Setiap orang akan dibahagikan ikut kumpulan & kategorikan ikut colour (15-20 orang satu boat)

09:00 Akan ada penerangan ringkas tentang pulau-pulau yang akan dilawati. 

09:30 Gerak
a) Visit Bamboo Island for swimming and snorkeling activities
b) Visit Monkey Beach (sightseeing)
c) Visit Phi Phi Don Island and enjoy a delicious Thai lunch at a beachside restaurant
d) Visit Viking Cave
e) Visit Pi Leh Bay
f) Visit Loh Samah Bay and snorkel in crystal clear waters
g) Sightsee around Maya Beach, the famous movie setting of Leonardo DiCaprio's The Beach

16:30pm balik hotel, rehat, solat & makan

20:30 Sambung jalan dekat Masjid Ao nang Munuwarah
Pasar malam di Ao nang street

Hari Ketiga
Demam. Cancel plan ke pulau lain, hot springs and emerald pool. Tak larat main air dah..

Info on Hot spring;
a) Hot springs close to the Khao Phra Bang Khram Nature Reserve.
b) Opening Hours: from 07:00 - 18:00.
c) Entrance fee: THB 90 baht for the springs / THB 200 access the Khao Phra Bang Khram Nature Reserve and Crystal/Emerald Pool.
d) How to get there: tour / taxi. Follow highway no 4 towards Amphur Klong Thom turning onto highway 4038; thereafter follow Sukhanphiban 2 road and the signs for 12 kilometres to the hot springs and the Emerald Pool.

Petang sikit baru dapat berjalan tu pun tak larat jadi sewa motor untuk sewa separuh hari, dapat harga THB 150 dan dah susun plan ke;
a) Susan Hoi or Fossil Shell Beach
b) Monument of Black Crabs
c) Tsunami Monument
d) Gunung Khao Khanap Nam
e) Krabi Town
f) Malam jalan di Ao Nang street market
g) Semestinya nak massage - Ruen Sukhothai Massage (Ao Nang) 

15:30 Ao Nang Beach - Fossil Shell Beach = 20 km
a) fee masuk untuk foreign tourist THB200 per person tapi dapat percuma. 
b) tour dalam 30 minit sahaja.

17:30 Sambung perjalanan ke Monument of Black Crabs, Tsunami Monument, Gunung Khao Khanap Nam
& Krabi Town.

Sewa Motor di Krabi
a) Kena pass passport.
b) Makesure ambil gambar dulu sebelum guna sebagai bukti tiada kerosakan.
c) Minyak kena isi penuh sebelum pulangkan, stesen minyak ada dekat Masjid Aonang

20:30 Malam jalan di Ao Nang street market
21:30 Ruen Sukhothai Massage. Dapat urut terus baik demam. Heh!
Massage dengan oil massage mahal sikit, THB 300. Minta diskaun dapat THB 280. Jadilah!

Sebelum balik hotel booking van ke airport, THB 150. Better booking awal untuk secure tempat duduk. 

Hari Keempat
12:00 Check out
Hand carry saja. Tiada check in luggage. Percutian bajetkan!

Wish List - Krabi
a) Thai facial foam                                     
b) Minyak panas
c) Cardigan                                   
d) Pancake                                    
e) Pearl                                                  
f) Massage
g) Thai tom yam                 

Total                                               THB                  RM       
Flight (KL–Bangkok–Krabi–KL)                               RM 200
Bas (KLSentral-KLIA2-KLSentral)                           RM   24
Grab (pergi & balik)                                                 RM   15
Pakej Pulau Phi Phi                      THB 1,200
Airport Van Krabi (pergi & balik)   THB    300
Hotel (online) - Bangkok & Krabi                             RM 270
Thai massage                               THB    280
Shopping (Bangkok & Krabi)        THB 1,000
Souvenir                                       THB    180            
Sewa motor (8 jam)                      THB    150 
Makan luar utk last day                 THB    300
Minyak Motor                                THB      30
*tiada perbelanjaan makan kecuali last day sebab masak sahaja. Jimat!
__________________________________________________
TOTAL                                              THB 3,440          RM 509
                                                      (RM491.40)    




20190909

5 Tips ke Chatuchak Market, Thailand

Dari Airport ke Chatuchak Market
Check dulu airport mana touch down (Ada dua international airport; Suvarnabhumi Airport & Don Meung Airport). Jangan silap pula.

Ini kali kedua ke Thailand, Misi kali ini hanya nak ke Chatuchak Market sahaja dan kemudian fly ke Krabi pula. Untuk ke market mudah sahaja, dari Don Meung Airport ke pasar tak jauh sangat dan kalau nak travel jimat ni naik bas saja. Just 15-20 minit, itu pun kalau jalan tak sesak. Bas akan berhenti betul-betul depan pasar dan berdekatan train station Mo Chit. Lintas jalan guna jejantas train station dan sampai. Misi shopping bermula.

Dari Suvarnabhumi Airport
Naik Public Van (40min) – Stop at Sutheesarn – walk 2.4km to Chatuchak

Dari Don Mueng Airport
Bas di Gate 6
No. Bas :             A1 dan A2
Cost      :             THB 30 seorang
Masa     :             15-20 minit

Ada juga cara lain ke sana;

Teksi    
Kos       :             Anggaran THB 150 - 250
Masa     :             10 minit

Train
BTS (skytrain) - Mo Chit & take exit 1 @ 3
MRT (metro) - Chatuchak Park, exit 1 / Kamphaeng Phet exit 1 @ 2

Chatuchak Market ni sangat besar ya, macam-macam barang ada. Memang rambang mata dibuatnya. Ada kedai jual barang sama saja dan ada yang rare. Kadang tu ada kedai jual barang sama tapi harga lain-lain pulak. Masa inilah guna skill tawar menawar. Cuba belajar bahasa Thai sikit2 dalam menawar tu, nombor ke, ayat pujuk ke, etc. Greeting dan senyumlah sikit sebelum beli. Beli jiwa dulu, mana tahu berjaya! Hehe!

Dah penat tawar dan pusing-pusing, nak cari balik kedai tu semula memang berpeluhlah. Jadi, tips di pasar ni senang saja;

Tips 1: Bawa buku & pen - Make sure catit nombor kedai dan seksyen supaya dapat cari kedai tu balik. Setiap seksyen akan ada sign & kalau tak ada, boleh rujuk papan tanda kedai. Mula dulu tak catit sebab yakin sangat boleh jumpa balik, baru jalan 10 minit nak cari balik kedai dah pening kepala, dah tu buang masa cari kedai tu je. Sejak dari itu, memang beringat.


Tips 2: Kerusi portable (kerusi solat) – Memang penat jalan lagi-lagi jalan berjam lamanya tanpa henti. Kalau ada kerusi portable tu elok bawa, senang sikit boleh rehat. Dekat sini tak banyak tempat duduk. Menyesal tak bawa kerusi. Sakit kaki! Nasib baik bawa minyak cap kapak.

Tips 3: Thai massage dekat sini range dalam THB 250 sejam tanpa minyak dan tambah minyak mahal sikit dalam THB300. Harga sebenarnya boleh tawar lagi. Cubalah. Dicadangkan untuk puaskan berjalan dulu baru pergi mengurut. Baru hilang semua lenguh badan berjalan seharian kan.

Tips 4: Senaraikan convert duit dari RM – THB (dari THB 10 – 400) siapkan senarai supaya mudah nak rujuk harga barang. Dulu selalu pakai calculator, dan setiap kali itulah kira-kira sampai lenguh tangan. Jadi, dengan adanya senarai ini mudahlah urusan sikit.

Tips 5: Extra beg - Standby beg IKEA / beg kecil untuk mudahkan angkut barang shopping tu. Sure banyak membelikan! Kat sini tak spent banyak pun. Beli 3 helai baju 1 helai seluar dan habis dalam RM40 sahaja. Sangat behave! Nasib baik mood shopping ke laut time tu!

Info Chatuchak Market


Pasar buka hari Sabtu & Ahad dan waktu operasi 9:00 - 18:00. Tetapi ada je kedai tutup lambat pukul 9-10pm.
Toilet – jangan risau dekat toilet sini ada je paip air, masuk toilet kena charge dalam THB 3 - toilet luar. Ada juga toilet dalam building Chantuchak baru tu, masuk free je maybe belum charge lagi rasanya.

Ada 27 Section. Sourced from: https://www.placesofjuma.com/chatuchak-weekend-market-bangkok/
Section 1: Here you will find amulets, books, collectibles, some grocery stores and cafes.
Section 2 to 4: In these departments are beautiful furniture, paintings and ceramics, facilities and collectibles.
Section 5 to 6: Here you will find great clothes, both hip designer clothes and second-hand goods. Also beautiful fashion jewellery, watches and cool accessories are offered.
Section 7 to 9: In this section, antique lovers will certainly find something. It also offers arts and crafts, furniture and ceramics.
Section 10 to 24: Clothing, general consumer goods, household appliances and pets
Section 17 to 19: ceramics and food
Section 22 to 26: furniture, antiques and handicrafts
Section 27: Books and Collectibles, Food

Keseluruhanya, keperluan wajib ada;
a) Buku nota & pen – salin nombor kedai
b) Payung / Ponco
c) Senarai convert duit RM - THB / Calculator kecil
d) Kamera
e) Botol air mineral besar
f)  Makanan kudapan - Chocolate bar
g) Kerusi lipat
h) Wet Tissue
i) Minyak Cap Kapak
j) Beg IKEA / Beg Kecil
k) Tuala 
l) Kipas   

Emergency contact;
Embassy of Malaysia (MATRADE)
Commercial and Investment Office
4th Floor, Unit 401, Sathorn Square Office Tower,
98 North Sathorn Road, Khwaeng Silom, Khet Bang Rak,
Krung Thep Maha Nakhon, 10500 Bangkok, Thailand
Telephone: +66 2108 1792 / +66 2108 1793 / +66 2108 1794