20190909

5 Tips ke Chatuchak Market, Thailand

Dari Airport ke Chatuchak Market
Check dulu airport mana touch down (Ada dua international airport; Suvarnabhumi Airport & Don Meung Airport). Jangan silap pula.

Ini kali kedua ke Thailand, Misi kali ini hanya nak ke Chatuchak Market sahaja dan kemudian fly ke Krabi pula. Untuk ke market mudah sahaja, dari Don Meung Airport ke pasar tak jauh sangat dan kalau nak travel jimat ni naik bas saja. Just 15-20 minit, itu pun kalau jalan tak sesak. Bas akan berhenti betul-betul depan pasar dan berdekatan train station Mo Chit. Lintas jalan guna jejantas train station dan sampai. Misi shopping bermula.

Dari Suvarnabhumi Airport
Naik Public Van (40min) – Stop at Sutheesarn – walk 2.4km to Chatuchak

Dari Don Mueng Airport
Bas di Gate 6
No. Bas :             A1 dan A2
Cost      :             THB 30 seorang
Masa     :             15-20 minit

Ada juga cara lain ke sana;

Teksi    
Kos       :             Anggaran THB 150 - 250
Masa     :             10 minit

Train
BTS (skytrain) - Mo Chit & take exit 1 @ 3
MRT (metro) - Chatuchak Park, exit 1 / Kamphaeng Phet exit 1 @ 2

Chatuchak Market ni sangat besar ya, macam-macam barang ada. Memang rambang mata dibuatnya. Ada kedai jual barang sama saja dan ada yang rare. Kadang tu ada kedai jual barang sama tapi harga lain-lain pulak. Masa inilah guna skill tawar menawar. Cuba belajar bahasa Thai sikit2 dalam menawar tu, nombor ke, ayat pujuk ke, etc. Greeting dan senyumlah sikit sebelum beli. Beli jiwa dulu, mana tahu berjaya! Hehe!

Dah penat tawar dan pusing-pusing, nak cari balik kedai tu semula memang berpeluhlah. Jadi, tips di pasar ni senang saja;

Tips 1: Bawa buku & pen - Make sure catit nombor kedai dan seksyen supaya dapat cari kedai tu balik. Setiap seksyen akan ada sign & kalau tak ada, boleh rujuk papan tanda kedai. Mula dulu tak catit sebab yakin sangat boleh jumpa balik, baru jalan 10 minit nak cari balik kedai dah pening kepala, dah tu buang masa cari kedai tu je. Sejak dari itu, memang beringat.


Tips 2: Kerusi portable (kerusi solat) – Memang penat jalan lagi-lagi jalan berjam lamanya tanpa henti. Kalau ada kerusi portable tu elok bawa, senang sikit boleh rehat. Dekat sini tak banyak tempat duduk. Menyesal tak bawa kerusi. Sakit kaki! Nasib baik bawa minyak cap kapak.

Tips 3: Thai massage dekat sini range dalam THB 250 sejam tanpa minyak dan tambah minyak mahal sikit dalam THB300. Harga sebenarnya boleh tawar lagi. Cubalah. Dicadangkan untuk puaskan berjalan dulu baru pergi mengurut. Baru hilang semua lenguh badan berjalan seharian kan.

Tips 4: Senaraikan convert duit dari RM – THB (dari THB 10 – 400) siapkan senarai supaya mudah nak rujuk harga barang. Dulu selalu pakai calculator, dan setiap kali itulah kira-kira sampai lenguh tangan. Jadi, dengan adanya senarai ini mudahlah urusan sikit.

Tips 5: Extra beg - Standby beg IKEA / beg kecil untuk mudahkan angkut barang shopping tu. Sure banyak membelikan! Kat sini tak spent banyak pun. Beli 3 helai baju 1 helai seluar dan habis dalam RM40 sahaja. Sangat behave! Nasib baik mood shopping ke laut time tu!

Info Chatuchak Market


Pasar buka hari Sabtu & Ahad dan waktu operasi 9:00 - 18:00. Tetapi ada je kedai tutup lambat pukul 9-10pm.
Toilet – jangan risau dekat toilet sini ada je paip air, masuk toilet kena charge dalam THB 3 - toilet luar. Ada juga toilet dalam building Chantuchak baru tu, masuk free je maybe belum charge lagi rasanya.

Ada 27 Section. Sourced from: https://www.placesofjuma.com/chatuchak-weekend-market-bangkok/
Section 1: Here you will find amulets, books, collectibles, some grocery stores and cafes.
Section 2 to 4: In these departments are beautiful furniture, paintings and ceramics, facilities and collectibles.
Section 5 to 6: Here you will find great clothes, both hip designer clothes and second-hand goods. Also beautiful fashion jewellery, watches and cool accessories are offered.
Section 7 to 9: In this section, antique lovers will certainly find something. It also offers arts and crafts, furniture and ceramics.
Section 10 to 24: Clothing, general consumer goods, household appliances and pets
Section 17 to 19: ceramics and food
Section 22 to 26: furniture, antiques and handicrafts
Section 27: Books and Collectibles, Food

Keseluruhanya, keperluan wajib ada;
a) Buku nota & pen – salin nombor kedai
b) Payung / Ponco
c) Senarai convert duit RM - THB / Calculator kecil
d) Kamera
e) Botol air mineral besar
f)  Makanan kudapan - Chocolate bar
g) Kerusi lipat
h) Wet Tissue
i) Minyak Cap Kapak
j) Beg IKEA / Beg Kecil
k) Tuala 
l) Kipas   

Emergency contact;
Embassy of Malaysia (MATRADE)
Commercial and Investment Office
4th Floor, Unit 401, Sathorn Square Office Tower,
98 North Sathorn Road, Khwaeng Silom, Khet Bang Rak,
Krung Thep Maha Nakhon, 10500 Bangkok, Thailand
Telephone: +66 2108 1792 / +66 2108 1793 / +66 2108 1794



No comments :